Awas 10 Jenis Ubat Gastrik Ini Berisiko Terjadi Kanser, KKM Sudah Tarik Balik Produk tersebut disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had dibenarkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menarik semula 10 produk berdaftar yang mengandungi bahan aktif Ranitidine. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had dibenarkan. "Ubat mengandungi Ranitidine bagi pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut ini biasanya digunakan dalam jangka masa pendek iaitu beberapa hari sehingga beberapa minggu. "NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah. Antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara dan hasil daripada proses pengilangan tertentu. "Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko t
Ulasan
Catat Ulasan