KENYATAAN MEDIA LESEN MEMANDU UNHCR TIDAK SAH DIGUNAKAN UNTUK MEMANDU KENDERAAN DI MALAYSIA. Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR adalah tidak sah digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan bermotor di negara ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Selain itu, pemegang kad UNHCR adalah tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia,” JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya telah ditetapkan. Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Ulasan
Catat Ulasan