PKPD Bersasar Secara Pentadbiran dikuatkuasakan di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula 12.01 tengah malam ini, 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020. Ia melibatkan seramai 962,661 penduduk
Dah buat Syarikat bagai. Siapa jadi alibaba kepada orang asing ini. Barua terdiri dari rakyat tempatan yang sanggup jual maruah dengan membuka syarikat dan operasinya di lakukan oleh warga asing. Warga tempatan dibayar imbuhan bulanan untuk jadi alibaba. Biar gambar berbicara.
KENYATAAN MEDIA LESEN MEMANDU UNHCR TIDAK SAH DIGUNAKAN UNTUK MEMANDU KENDERAAN DI MALAYSIA. Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR adalah tidak sah digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan bermotor di negara ini. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Selain itu, pemegang kad UNHCR adalah tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia,” JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya telah ditetapkan. Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Kedai perniagaan milik orang asing di RTC Kota Bharu. Kesemua 4 lot kedai ini adalah tempat niaga dimiliki oleh warga asing di RTC Kota Bharu. Bagaimana 4 lot kedai boleh dimiliki oleh seorang peniaga asing, sedangkan setiap peniaga tempatan hanya boleh berniaga di satu lot kedai sahaja. 2. Kesemua barangan yg diniagakan adalah dari jenis barangan yg juga DIJUAL oleh peniaga tempatan. Jadi Mereka adalah saingan peniaga tempatan. Yang nyata segala keuntungan akan dihantar balik kenegara Asal Mereka. Negara akan kerugian dgn aliran Wang keluar Negara. 3. Kesemua pekerja mereka yg berkerja di perniagaan ini adalah warga Negara asing dari Negara mereka bukan warga Negara. Seramai Mana pekerja asing Itu berkerja disitu sejumlah Itu jugalah rakyat Negeri Kelantan kehilangan Kerja. 4. Barangan yg dipemerkan bukan sahaja terbatas dan tertumpu didalam kedai sahaja bahkan dengan sengaja diletak diluar dikawasan parking.
Ulasan
Catat Ulasan